- Terdapat banyak jenis haiwan di sekeliling kita. Contohnya, kucing, semut, ikan paus, ular dan katak.
- Haiwan-haiwan berlainan mempunyai bahagian-bahagian badan yang berbeza.
- Antara bahagian-bahagian badan haiwan adalah seperti tanduk, ekor, kaki, sesungut, sayap, sirip, sisik, sayap, paruh, kuku cengkam, bulu, bulu pelepah dan cangkerang.
- Burung kiwi, emu, kasawari, dan burung unta ada sayap tetapi mereka tidak boleh terbang.
- Ayam, kambing, lipan, dan singa ada kaki untuk bergerak. Tetapi ular, siput, dan cacing tanah tidak ada kaki.
- Kucing, anjing, tikus dan beruang ada bulu pada tubuh mereka. Bulu pada tubuh burung pula dipanggil bulu pelepah.
- Lembu, badak sumbu, dan rusa ada tanduk di kepala. Tetapi lipas, rama-rama dan semut ada sesungut di kepala.
- Haiwan-haiwan berlainan mengeluarkan bunyi yang berbeza. Contohnya, kucing - mengiau, tikus - mendecit, burung - berkicau, anjing - menyalak, ular - mendesis, kambing - mengembek, ayam jantan - berkokok.
- Kita harus sayang pada haiwan. Kita tidak boleh menganiayai haiwan-haiwan yang ada di sekeliling kita.
Friday, 2 December 2011
NOTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
very nice blog.congratulation
ReplyDelete